Sunday 11 March 2012

Coretan Jalanan

Assalamualaikum..

              Okey, selamat pagi Ahad.
               Aku cuma nak update untuk memaklumkan kepada sidang pembaca sekalian bahawa aku telah berjaya mengkhatamkan sebuah novel terbaru Hlovate, " Contengan Jalanan ".



~ ni cover novel dia~

                 Novel ni, bukan kisah cinta. Kalau korang sedang menganyam impian ingin melayari kisah cinta, lupakan. Contengan Jalanan lebih berkisar tentang bagaimana perjalanan lelaki, yang selama ni hidup hanya untuk hidup, hingga agama dipandang sepi. Ini memang hakikat kehidupan masyarakat hari ini.

                Dan pada aku, novel Hlovate ni memang menyediakan banyak sindiran buat kita sebagai pembaca. Betul, rasa macam kena penampar spring. hehe.. (gurauan semata-mata oke) Aku rasa, korang patut baca novel ni. Serius, korang perlu baca. Then, korang akan dapat mendalami bagaimana perasaan Fend dan K Square yaang berusaha mencari erti hidup. Kita bila lagi?

A man that decides to change on 12th hour dies on the 11th.

Inilah quotes yang membawa kepada perubahan Fend. Okey, aku sebenarnya nak memberi ulasan sedikit tentang dua watak utama novel ni.

FEND..berumur 21 tahun. Suka melukis dan mempunyai band bernama Creepy Hues bersama empat lagi rakan yang lain. Mula berubah sejak bertemu Lia. Siapa Lia? Korang carik sendiri. Fend adalah seorang pemikir pada aku. Suka mencari sesuatu di sebalik sesuatu. Watak Fend yang sempoi dan tenang memang memikat hati aku. =) Fend mempunyai sepupu, Chad. Irsyad. Hubungan yg sangat akrab. Fend dan Chad sama-sama cuba menyalongkar makna daripada quotes 'the 11th hour', hingga membawa mereka ke bumi Kanggaru. Perjalanan mencari tuhan. Namun, perjalanan terhenti pabila Chad pergi. dan, Fend terpaku kehilangan.

K2.. berumur jugak 21 tahun. Kwn sekampung Fend sejak kecil. Kawan rapat Fend dan Chad. Suka bermain alat muzik. Kata K2, " there's no such thing as wrong in arts.." K2, penyokong seni nombor satu. Suka mengikut kepala sendiri, tanpa menghiraukan pndangan orang lain. Di awal kisah, K2 banyak mengimbau memori tentang Chad. Betapa K2 sangat merasai kekilangan sahabat sejak kecilnya itu. K2 mula berubah sejak dibawa Fend ke Australia, hingga akhirnya K2 nekad utk ke Jakarta. Untuk apa? Untuk mencari erti hidup. Saat paling menyentuh hati, pabila K2 sujud kerana seorang Kristian. 

                  Orite, lagi aku nak share moment yang paling aku sentap dalam novel ni. Saat K2 dan Indra sedang berbual-bual di Jakarta. Apabila Indra beria-ia bercakap tentang tuhan, tentang kuasa tuhan, tentang sikap manusia yang mengambil enteng wujudnya tuhan. Dan, apabila Indra berkata " Aku Kristian ". Fuhh,, sentap habis. Aku tahu korang tak paham. So, silalah baca. Rekomen terbaik aku setakat nih, silalah baca Contengan Jalanan.

                  Sebenarnya, baru dua novel Hlovate yang aku dh baca. Sekarang aku sedang meninjau 5 tahun 5 bulan. Teringin nak baca yang tu pulak. ^_^

                  Kesimpulan, Contengan Jalanan lain daripada novel lain. Rugi korang tak baca!

                  

1 comment: