Sunday 11 March 2012

Coretan Jalanan

Assalamualaikum..

              Okey, selamat pagi Ahad.
               Aku cuma nak update untuk memaklumkan kepada sidang pembaca sekalian bahawa aku telah berjaya mengkhatamkan sebuah novel terbaru Hlovate, " Contengan Jalanan ".



~ ni cover novel dia~

                 Novel ni, bukan kisah cinta. Kalau korang sedang menganyam impian ingin melayari kisah cinta, lupakan. Contengan Jalanan lebih berkisar tentang bagaimana perjalanan lelaki, yang selama ni hidup hanya untuk hidup, hingga agama dipandang sepi. Ini memang hakikat kehidupan masyarakat hari ini.

                Dan pada aku, novel Hlovate ni memang menyediakan banyak sindiran buat kita sebagai pembaca. Betul, rasa macam kena penampar spring. hehe.. (gurauan semata-mata oke) Aku rasa, korang patut baca novel ni. Serius, korang perlu baca. Then, korang akan dapat mendalami bagaimana perasaan Fend dan K Square yaang berusaha mencari erti hidup. Kita bila lagi?

A man that decides to change on 12th hour dies on the 11th.

Inilah quotes yang membawa kepada perubahan Fend. Okey, aku sebenarnya nak memberi ulasan sedikit tentang dua watak utama novel ni.

FEND..berumur 21 tahun. Suka melukis dan mempunyai band bernama Creepy Hues bersama empat lagi rakan yang lain. Mula berubah sejak bertemu Lia. Siapa Lia? Korang carik sendiri. Fend adalah seorang pemikir pada aku. Suka mencari sesuatu di sebalik sesuatu. Watak Fend yang sempoi dan tenang memang memikat hati aku. =) Fend mempunyai sepupu, Chad. Irsyad. Hubungan yg sangat akrab. Fend dan Chad sama-sama cuba menyalongkar makna daripada quotes 'the 11th hour', hingga membawa mereka ke bumi Kanggaru. Perjalanan mencari tuhan. Namun, perjalanan terhenti pabila Chad pergi. dan, Fend terpaku kehilangan.

K2.. berumur jugak 21 tahun. Kwn sekampung Fend sejak kecil. Kawan rapat Fend dan Chad. Suka bermain alat muzik. Kata K2, " there's no such thing as wrong in arts.." K2, penyokong seni nombor satu. Suka mengikut kepala sendiri, tanpa menghiraukan pndangan orang lain. Di awal kisah, K2 banyak mengimbau memori tentang Chad. Betapa K2 sangat merasai kekilangan sahabat sejak kecilnya itu. K2 mula berubah sejak dibawa Fend ke Australia, hingga akhirnya K2 nekad utk ke Jakarta. Untuk apa? Untuk mencari erti hidup. Saat paling menyentuh hati, pabila K2 sujud kerana seorang Kristian. 

                  Orite, lagi aku nak share moment yang paling aku sentap dalam novel ni. Saat K2 dan Indra sedang berbual-bual di Jakarta. Apabila Indra beria-ia bercakap tentang tuhan, tentang kuasa tuhan, tentang sikap manusia yang mengambil enteng wujudnya tuhan. Dan, apabila Indra berkata " Aku Kristian ". Fuhh,, sentap habis. Aku tahu korang tak paham. So, silalah baca. Rekomen terbaik aku setakat nih, silalah baca Contengan Jalanan.

                  Sebenarnya, baru dua novel Hlovate yang aku dh baca. Sekarang aku sedang meninjau 5 tahun 5 bulan. Teringin nak baca yang tu pulak. ^_^

                  Kesimpulan, Contengan Jalanan lain daripada novel lain. Rugi korang tak baca!

                  

Friday 2 March 2012

K.I.T.A

Assalamualaikum semua.

Oke, post kali ni, aku nak bukak slot motivasi pulak. Motivasi malam. Aku memang suka baca buku2 motivasi, terutamanya buku Dr. HM Tuah Iskandar. Kenapa? sebab gaya penulisan beliau yang santai dan bersahaja, tidak memenatkan minda aku yang membaca. Selain itu, dalam buku beliau banyak diselitkan dengan pengalaman2 yang telah dilalui oleh beliau sendiri. Pada aku, itu menarik.

            Tajuk post hari ni mudah. Kita. -K.I.T.A- Siapa kita? Kita adalah diri kita. Kita special. Orang lain tak boleh jadi kita. Kita pun tak boleh shift diri jadi orang lain. Kita adalah kita. Hanya kita yang boleh jadi kita. Okey, aku tahu korang dah pening. Mesej aku simple. Kita special. Contohnya, Nor Adilah binti Sabeni adalah aku. Hanya aku yang boleh jadi Nor Adilah binti Sabeni. Korang tak boleh. Sebab tu aku kata kita special. Hanya kita boleh jadi kita. Kita telah ditakdirkan untuk jadi diri kita. Jadi, moral of the story, kita patut menghargai diri kita.

             Aku tahu, susah sebenarnya bagi kita utk rasa diri kita ni berharga. Malah, kita sangat cenderung untuk menjadi orang lain. Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara. Apabila tengok Dato' Siti, kita pun mulalah berangan. " Alangkah best kalau aku jadi Dato' Siti ". Cantik, banyak duit, fames, boleh kawen dengan Datuk K...Lepas tu, datang pulak demam Korea, K-pop, whatsoeverlah. Impian pun bertukar. Daripada bermimpi nak jadi Dato’ Siti, sekarang nak jadi artis Korea pulak. Iyelah kan, dahlah cantik, putih melepak. Berlakon pulak dengan hero2 yang mengancam kalbu. Siapa tak nak? Haha. Tentu bahagiaaa….Ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Benda ni betul, cuba korang tepuk dada dan tanya hati korang tu.

              Aku pun tak terkecuali. Apabila tersekat dengan sesuatu masalah, aku pernah teringin nak jadi Doraemon. Ada poket ajaib. Bayangkan,, andai aku punya poket Doraemon, pasti aman duniaku. Tanpa masalah! Bagai dunia aku yang punya. HAHA…=) Korang pasti setuju kan? Tak cukup dengan Doraemon, burung pun pernah menjeleskan aku. Bila tengok burung terbang, aku terfikir. Mesti best kalau boleh terbang. Aku boleh terbang bebas, menjelajah dunia. Aku boleh pergi ke mana-mana saja yang aku nak. Aku boleh teropong korang dari atas. Hmmm,, macam-macamlah..Tengok, ini adalah bukti2 yang jelas menunjukkan betapa kita tidak menghargai diri kita sendiri. Asyik2 nak jadi orang lain.

            Apabila masa berlalu, aku mula terfikir. Buat apa aku nak jadi orang lain. Kenapa tidak aku jadikan diri aku yang terbaik. Kita harus belajar untuk jadi selesa dengan diri kita. Terima diri kita seadanya. Ya, kita punya kelemahan. Tapi, bila kita selesa dengan diri kita, kelemahan bukan satu masalah. Dan, jika kita selesa dengan diri kita, orang lain juga akan mudah selesa dengan kita. Percayalah. Percayalah bahawa diri kita ni cantik. Percayalah, jangan lagi rasa rendah diri.


             Boleh tak kalau kita anggap diri kita ni adalah amanah daripada Allah? Amanah yang perlu kita jaga dan gunakan dengan sebaiknya. Amanah yang perlu kita sanjung, bukan untuk dizalimi. Ingat, janganlah menzalimi diri sendiri. Yalah, kalau dah merokok sampai paru-paru yang elok tu jadi rosak dan tercemar, tu bukan menzalimi diri ke? Kita merosakkan apa yang pada mulanya lengkap sempurna. Kalau dah terlibat dengan gejala dadah hingga badan jadi kurus-kering dan tak terurus, itupun dikira berlaku zalim terhadap diri sendiri. Lagi? Hmm… ada banyak lagi contoh, korang boleh fikir sendiri. Tak perlulah aku nak senaraikan satu-persatu.
          
            Sepatutnya, diri kita ni kita usahakan untuk menjadi manusia yang terbaik. Jadi anak yang baik kepada ibu bapa, jadi kakak dan abang yang baik kepada adik-adik. Jadi pelajar yang baik di sekolah. Jadi apa lagi? hehe.. Kesimpulannya, jadikan diri kita orang yang baik. Jangan jadi orang jahat. Orang jahat masuk jail. Aku tulis panjang-panjang ni sebenarnya KHAS ditujukan buat diri aku sendiri. Aku perlukan motivasi,, so aku tulislah motivasi utk diri aku ni. Baiklah, banyak dah aku membebel. Aku stop kat sini. Again, be yourself, be happy of yourself. Appreciate yourself. Appreciate your life.

aku setuju 200% dengan yang ni..

          Jumpa lagi.. =)


Tuesday 21 February 2012

Cuti-cutian

Helo awak.
             
             Sekarang ni aku tengah dalam mood cuti-cuti Malaysia. Maklumlah, Cuti mid-sem. Walaupun 9 hari aje, tapi cukup bermakna. Yalah kan, dah namanya cuti. Kat facebook, tiap2 status baru asyik cakap tentang cuti. Cuti cuti cuti. Korang x boring ke? Aku tak. Aku enjoy, sebab aku tengah cuti. 


             Kenapa aku suka cuti? Well, korang pun boleh jawab. Aku suka cuti sebab aku boleh berehat. Aku tak perlu bangun awal2 pagi, bergegas nak pergi kelas. Aku boleh kosongkan minda daripada benda2 yang complicated yg hari2 pensyarah sumbat masuk ke dalam kepala aku ni. Aku boleh rehatkan telinga daripada asyik menadah suara2 pensyarah yg bercakap tentang perkara yg aku langsung tak tahu. Aku boleh ambik kesempatan melegakan tangan aku daripada menulis tanpa henti. Dan, dan dan..paling menarik, masa cuti, aku boleh tidur puas2..HAHA..


             Tengok, betapa banyaknya faedah masa cuti. So, memandangkan sekarang mode cuti tengah ON, memang aku antara pengguna jalan raya yg paling setialah. Tugas baru aku, menjemput adik2 balik dari sekolah. Tadi, tugas itu aku jalankan seperti biasa. Cuma, hari ni aku tak drive. Sepupu aku yg drive, aku tumpang aje. Dan, ketika dlm perjalanan nak plg ke rumah, driver kitorang ni memilih utk menggunakan jalan yg jarang kitorang guna. Bukan salah jalan, tapi berbelit sikitlah. Dannn,, tahu apa yg kitorang jumpa? POLIS! Waduh, polis tengah buat sekatan jalan. Aku pun mulalah dup dap dup dap. Polis tu hentikan kitorang. Dia bagi salam,kitorang jawab. Dia mintak lesen, sepupu aku pun bagi. Dia jalan pusing kereta. Ish, apa pulak yang pak cik polis ni nak tengok. And, lastly dia lepaskan kitorang. Alhamdulillah~ (^_^)

             Begitulah kisah pengalaman aku hari ni. Bagi orang lain, mungkin biasa aje. Tapi bagi pemandu baru macam aku, polis adalah umpama nightmare! haha. Nasib baik ada bawak lesen. Kalau tak? Nasiblah.. Aku tak berani nak fikir akibatnya. Aku harap lepas ni, aku tak jumpa polis lagi dah. Aku tak suka polis. Bikin hati ku berdebar saja. So, aku stop kat sini. 


              Jumpa lagi. =)


              
             

Thursday 16 February 2012

It's the First



-my first-
Assalamualaikum, hai..
Ehem2…hmm..ish,, bdebar2 nih..yalah kan, blog aku ni baby lagi. Baru lahir lah kiranya. And, this is my first post. So, tengah pening2 ni. Tak tahu nak tulis apa.
               Oke2..kita ikut skema lah. Ikut kebiasaan maksud aku. Biasalah, yangg first ni selalunya bertindak sebagai perasmi. Jadi, anggap ini adalah ucapan perasmian pembukaan blog aku ni. …=)
Bismillahirrahmanirrahim…
               Pertama sekali, aku nak ucapkan syukur kpd Allah sbb akhirnya berjaya jugak aku create blog ni. Bukan susah pun. Sign in aje. Tapi tulah, dah namanya pintu hati belum terbukak, malas jangan kiralah. Memang malas tahap juara tu. Jadi, sbb tu aku patut bsyukur sbb d berikan kerajinan. Haaa,, peluang rajin tu dtg sekejap aje.Nasib aku sempat rebut peluang. Hasilnya..taraaa~ wujudlah blog aku ni..( mode: bangga ).. haha
              Kedua, aku nak kongsilah ckit. Apa tujuan aku buat blog? Kenapa aku perlu blog? Okey, sebenarnya kwn2 aku lama dah main blogging ni. Aku, tukang baca je. Jadi follower tidak rasmi yang paling setia. Jadi, apabila aktiviti melawat blog orang lain main kerap terjadi dlm rutin on9 aku, aku pun terfikir. Kenapa aku tak nak try buat blog jugak? So, setelah dipertimbangkan segala pro dan kontra yang ada, aku pun tekan butang  “creat a blog” tu. So, terciptalah satu sejarah apabila wujud blog yang secara mutlaknya milik aku.
               Dalam masa yg sama (wah, ayat karangan BM form 5) aku rasa aku perlu tempat meluah. Kan aku dah tulis kat atas nun, the best way of releasing is through writing. So, sekarang ni aku tengah mengaplikasikan apa yang aku tulis tu. Tapi memang betol, kalau tengah tension2 tu, cuba luahkan dgn menulis. InsyaAllah, akan kurang ketensionan itu. (^_^)V
               Dan, dan dan…..Perlu aku maklumkan bahawa blog ni aku buat dlm bulan Februari  2012. Kenapa Februari? Sebab Februari comel. Dan, first post aku nih, tarikhnya 16 Februari 2012. Kenapa? Sebab bagi aku tarikh ni superb, gorgeous, cute.. dan yg sewaktu dengannya..  
               Okey, ucapan perasmian x boleh panjang2.. nanti audience ngantuk. Susah..Sebelum bertemu noktah, aku nak ucapkan terima kasih kapada sahabat aku, Wanie Bohari yang telah membantu menghias teratak comel aku ni. Kak Chik, kelak claim. =)) Harap korang rajin datang berkunjung. Tapi jgn naik ramei2, roboh rumah hamba..
               Jumpa lagi…
                        

Wednesday 15 February 2012

selamat hari tua :)


selamat hari tua wahai sahabat ..
semoga dipanjangkan umur ,
dimurahkan rezeki
dan berjaya di dunia dan akhirat ..

wahai sahabat , 
kenangan kita b'sama xkan dilupa ,
kenangan yang merupakan kurniaan yang terindah ..

wahai sahabat ,
awaklah sahabat saya dunia dan akhirat
saya sayang awak untuk selamanya 
tidak kira sjauh mana jasad kita terpisah , 
awak tetap di hati! :)

p/s : selamat ulang tahun  yang ke-19 .. -wb-