Tuesday 21 February 2012

Cuti-cutian

Helo awak.
             
             Sekarang ni aku tengah dalam mood cuti-cuti Malaysia. Maklumlah, Cuti mid-sem. Walaupun 9 hari aje, tapi cukup bermakna. Yalah kan, dah namanya cuti. Kat facebook, tiap2 status baru asyik cakap tentang cuti. Cuti cuti cuti. Korang x boring ke? Aku tak. Aku enjoy, sebab aku tengah cuti. 


             Kenapa aku suka cuti? Well, korang pun boleh jawab. Aku suka cuti sebab aku boleh berehat. Aku tak perlu bangun awal2 pagi, bergegas nak pergi kelas. Aku boleh kosongkan minda daripada benda2 yang complicated yg hari2 pensyarah sumbat masuk ke dalam kepala aku ni. Aku boleh rehatkan telinga daripada asyik menadah suara2 pensyarah yg bercakap tentang perkara yg aku langsung tak tahu. Aku boleh ambik kesempatan melegakan tangan aku daripada menulis tanpa henti. Dan, dan dan..paling menarik, masa cuti, aku boleh tidur puas2..HAHA..


             Tengok, betapa banyaknya faedah masa cuti. So, memandangkan sekarang mode cuti tengah ON, memang aku antara pengguna jalan raya yg paling setialah. Tugas baru aku, menjemput adik2 balik dari sekolah. Tadi, tugas itu aku jalankan seperti biasa. Cuma, hari ni aku tak drive. Sepupu aku yg drive, aku tumpang aje. Dan, ketika dlm perjalanan nak plg ke rumah, driver kitorang ni memilih utk menggunakan jalan yg jarang kitorang guna. Bukan salah jalan, tapi berbelit sikitlah. Dannn,, tahu apa yg kitorang jumpa? POLIS! Waduh, polis tengah buat sekatan jalan. Aku pun mulalah dup dap dup dap. Polis tu hentikan kitorang. Dia bagi salam,kitorang jawab. Dia mintak lesen, sepupu aku pun bagi. Dia jalan pusing kereta. Ish, apa pulak yang pak cik polis ni nak tengok. And, lastly dia lepaskan kitorang. Alhamdulillah~ (^_^)

             Begitulah kisah pengalaman aku hari ni. Bagi orang lain, mungkin biasa aje. Tapi bagi pemandu baru macam aku, polis adalah umpama nightmare! haha. Nasib baik ada bawak lesen. Kalau tak? Nasiblah.. Aku tak berani nak fikir akibatnya. Aku harap lepas ni, aku tak jumpa polis lagi dah. Aku tak suka polis. Bikin hati ku berdebar saja. So, aku stop kat sini. 


              Jumpa lagi. =)


              
             

Thursday 16 February 2012

It's the First



-my first-
Assalamualaikum, hai..
Ehem2…hmm..ish,, bdebar2 nih..yalah kan, blog aku ni baby lagi. Baru lahir lah kiranya. And, this is my first post. So, tengah pening2 ni. Tak tahu nak tulis apa.
               Oke2..kita ikut skema lah. Ikut kebiasaan maksud aku. Biasalah, yangg first ni selalunya bertindak sebagai perasmi. Jadi, anggap ini adalah ucapan perasmian pembukaan blog aku ni. …=)
Bismillahirrahmanirrahim…
               Pertama sekali, aku nak ucapkan syukur kpd Allah sbb akhirnya berjaya jugak aku create blog ni. Bukan susah pun. Sign in aje. Tapi tulah, dah namanya pintu hati belum terbukak, malas jangan kiralah. Memang malas tahap juara tu. Jadi, sbb tu aku patut bsyukur sbb d berikan kerajinan. Haaa,, peluang rajin tu dtg sekejap aje.Nasib aku sempat rebut peluang. Hasilnya..taraaa~ wujudlah blog aku ni..( mode: bangga ).. haha
              Kedua, aku nak kongsilah ckit. Apa tujuan aku buat blog? Kenapa aku perlu blog? Okey, sebenarnya kwn2 aku lama dah main blogging ni. Aku, tukang baca je. Jadi follower tidak rasmi yang paling setia. Jadi, apabila aktiviti melawat blog orang lain main kerap terjadi dlm rutin on9 aku, aku pun terfikir. Kenapa aku tak nak try buat blog jugak? So, setelah dipertimbangkan segala pro dan kontra yang ada, aku pun tekan butang  “creat a blog” tu. So, terciptalah satu sejarah apabila wujud blog yang secara mutlaknya milik aku.
               Dalam masa yg sama (wah, ayat karangan BM form 5) aku rasa aku perlu tempat meluah. Kan aku dah tulis kat atas nun, the best way of releasing is through writing. So, sekarang ni aku tengah mengaplikasikan apa yang aku tulis tu. Tapi memang betol, kalau tengah tension2 tu, cuba luahkan dgn menulis. InsyaAllah, akan kurang ketensionan itu. (^_^)V
               Dan, dan dan…..Perlu aku maklumkan bahawa blog ni aku buat dlm bulan Februari  2012. Kenapa Februari? Sebab Februari comel. Dan, first post aku nih, tarikhnya 16 Februari 2012. Kenapa? Sebab bagi aku tarikh ni superb, gorgeous, cute.. dan yg sewaktu dengannya..  
               Okey, ucapan perasmian x boleh panjang2.. nanti audience ngantuk. Susah..Sebelum bertemu noktah, aku nak ucapkan terima kasih kapada sahabat aku, Wanie Bohari yang telah membantu menghias teratak comel aku ni. Kak Chik, kelak claim. =)) Harap korang rajin datang berkunjung. Tapi jgn naik ramei2, roboh rumah hamba..
               Jumpa lagi…
                        

Wednesday 15 February 2012

selamat hari tua :)


selamat hari tua wahai sahabat ..
semoga dipanjangkan umur ,
dimurahkan rezeki
dan berjaya di dunia dan akhirat ..

wahai sahabat , 
kenangan kita b'sama xkan dilupa ,
kenangan yang merupakan kurniaan yang terindah ..

wahai sahabat ,
awaklah sahabat saya dunia dan akhirat
saya sayang awak untuk selamanya 
tidak kira sjauh mana jasad kita terpisah , 
awak tetap di hati! :)

p/s : selamat ulang tahun  yang ke-19 .. -wb-